Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengaitkan beliau dengan skandal rasuah bernilai RM1.3 bilion melibatkan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kapit itu menegaskan, tuduhan yang tersebar menerusi sebuah saluran Telegram baru-baru ini adalah fitnah yang tidak berasas.
Dalam satu kenyataan di Facebook hari ini, Alexander berkata tuduhan jahat itu bukan sahaja menjejaskan reputasinya secara peribadi, malah turut mencemarkan nama baik Kementerian Kerja Raya serta kerajaan Malaysia secara keseluruhan.