Saifuddin Nasution Ismail menepis kenyataan Rafizi Ramli berhubung penolakan sokongan terhadap Presiden PKR Anwar Ibrahim jika anaknya Nurul Izzah kalah pertandingan jawatan timbalan presiden.
Ketua setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu berkata, ia hanya pertarungan antara Rafizi dan Nurul Izzah.
Semalam, Rafizi menyeru perwakilan PKR mengundi pencabarnya itu sebagai timbalan presiden kerana Anwar akan mendapat gambaran buruk jika anak perempuannya kalah.