Seramai sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) dilaporkan maut dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak menjadikan angka korban keseluruhan sembilan anggota setakat ini.
Perkembangan itu disahkan Ketua Polis Hilir Perak, Asisten Komisioner Dr Bakri Zainal Abidin.
Menurutnya, lapan anggota maut di lokasi kejadian, seorang lagi disahkan maut di hospital, manakala lima lagi anggota cedera ringan.
Terdahulu, media melaporkan lori FRU dinaiki 15 anggota termasuk pemandu bertembung dengan lori muatan batu pagi tadi.
Sementara itu, pemandu lori pasir yang terlibat dalam nahas itu telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Pemandu berusia 40-an yang tidak mengalami kecederaan itu yelah dijalankan ujian saringan dan didapati negatif dadah.