Presiden Rusia Vladimir Putin menyifatkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebagai "seorang Muslim sejati".
Ini susulan jawapan Anwar berhubung milik siapa takhta ketiga yang tidak dilabel di Dewan St Andrew semasa lawatan peribadi di Istana Kremlin di Moscow.
Sidang media diplomatik Malaysia-Rusia itu semalam bertukar lucu apabila Putin berkongsi perkara itu.