Perdana Menteri Anwar Ibrahim mempersoal "ketaasuban" sesetengah pihak yang jelas terhadap skandal 1MDB dan bekas perdana menteri, Najib Razak.
Bercakap dalam program 101 East terbitan Al-Jazeera, Anwar Ibrahim turut menegaskan terdapat berbilion-bilion ringgit lagi yang “dicuri” oleh para pemimpin lain.
Tambah Anwar ketika ini dia menjadi perdana menteri justeru tahu lebih banyak lagi maklumat berkaitan skandal negara.