Baru sahaja 20 minit dibebaskan dengan diikat jamin, pemandu lori muatan batu kerikil yang didakwa menyebabkan kematian sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) minggu lalu ditahan semula bersabit kes curi lembu.
Penahanan Rudi Zulkarnain Mat Radi 45 tahun tersebut dilakukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk di pejabat kaunter pembayaran jamin sekitar jam 12.20 tengah hari tadi
Pemandu lori itu ditahan semula bagi membantu siasatan kes curi lembu di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan di Hutan Melintang, Bagan Datuk pada April lalu.