Bekas setiausaha politik Allahyarham Khalid Ibrahim, Faekah Husin mengimbau kembali pengkhianatan yang dilalui bosnya dalam "Langkah Kajang" yang menyaksikan menteri besar Selangor itu digulingkan.
Faekah bagaimanapun enggan mengulas lanjut atas alasan mahu melupakannya.
Dia sebaliknya menyifatkan serangan dalaman terhadap calon jawatan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang berlaku sekarang, umpama satu karma.