Presiden PKR, Anwar Ibrahim mempertahankan keputusannya meluluskan pencalonan individu yang masih baru dalam parti bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), susulan kritikan yang dilontarkan oleh timbalannya, Rafizi Ramli.
Bercakap kepada wartawan selepas mengundi dalam pemilihan kepimpinan pusat parti di Berjaya Waterfront, Johor Bahru hari ini, Anwar berkata isu yang dibangkitkan Rafizi boleh dibincangkan dalam mesyuarat kepimpinan parti.