Para pemimpin Asia Tenggara berhimpun di ibu negara hari ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-46 dan siri mesyuarat peringkat tinggi berkaitan untuk membincangkan pelbagai isu utama serantau.
Atur cara padat hari ini dimulakan dengan Sidang Kemuncak Asean ke-46 (Pleno), diikuti sesi perbincangan (permukiman) yang menyaksikan para pemimpin mengadakan perbincangan mendalam mengenai cabaran semasa, keutamaan strategik dan usaha memperkukuh perpaduan serantau.
Tahun ini merupakan kali kelima Malaysia memegang jawatan Pengerusi Asean, selepas 1977, 1997, 2005 dan 2015.
Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/videos/1014674144213463