Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan Perdana Menteri Anwar Ibrahim di Kongres Nasional PKR, Sabtu lalu.
Anwar menegaskan lantikan politik seharusnya dibenarkan dan bukan satu bentuk penyalahgunaan kuasa sebaliknya ia adalah balasan jasa kepada seseorang individu itu.
Kenyataan terkini Anwar itu menurut C4, lebih membimbangkan kerana dibuat secara terbuka.