Bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpendapat Rafizi Ramli tidak sepatutnya melepaskan jawatan sebagai menteri ekonomi meskipun tewas dalam pemilihan PKR.
Ini kerana menurut Khairy, Rafizi dilihat mampu menggalas tanggungjawab menerajui kementerian tersebut dengan baik.
Khairy berkata tidak semestinya seseorang yang memegang jawatan kanan dalam kerajaan harus melepaskan jawatan sekiranya tidak lagi mempunyai kedudukan dalam parti.