Nik Nazmi Nik Ahmad turut meletakkan jawatan sebagai menteri sumber asli dan kelestarian alam.
Keputusan itu diumumkan kira-kira dua jam selepas Rafizi Ramli meletakkan jawatan sebagai menteri ekonomi setelah kalah dalam pemilihan PKR, Jumaat lalu.
Nik Nazmi, sekutu Rafizi, berkata dia telah menghantar surat peletakan jawatan berkuat kuasa 4 Julai kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.