Bekas Menteri dan bekas Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kembali menjadi sebutan selepas muncul desas-desus bahawa beliau bakal menyertai semula kabinet.
Setahun lebih selepas dipecat daripada Umno, Khairy yang kini dilihat sebagai figura bebas dan progresif, dikatakan berpotensi menjadi sebahagian daripada pentadbiran kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim.
Penganalisis politik Prof Madya Sivamurugan Pandian berpendapat, kemasukan semula Khairy boleh menjadi simbol reformasi dan penjenamaan semula Umno, khususnya untuk menarik sokongan pengundi muda dan sederhana.