Jawatankuasa sekretariat Melayu yang diumumkan oleh Dr Mahathir Mohamad semalam dikritik bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim.
Zaid ragu-ragu keberkesanan jawatankuasa itu yang ditubuhkan sebagai "payung besar" untuk menyelamatkan kaum Melayu.
Menurut Zaid dalam hantaran di Facebooknya, usaha menggabungkan kekuatan politik Melayu sebelum ini sering menemui kegagalan kerana parti-parti utama seperti Umno dan PAS lebih mementingkan agenda masing-masing.