Polis meminta pemandu bas membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang terbabit dalam nahas tragik di Gerik, agar tidak mengeluarkan kenyataan secara terbuka kepada mana-mana pihak.
Ketua Polis Perak, Noor Hisam Nordin, berkata ia bagi mengelakkan gangguan terhadap siasatan sedang dijalankan dan mencetuskan spekulasi tidak wajar.
Katanya walaupun negara ini bebas bersuara, namun dia meminta pemandu bas terbabit bersabar kerana keterangannya akan diambil selepas dia selesai menjalani rawatan di hospital.