Ahli perniagaan terkenal, Ameer Ali Mydin, menganggap langkah kerajaan mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas buah-buahan import sebagai sesuatu yang "tidak masuk akal."
Kata Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Bhd itu, tidak seperti tanggapan sesetengah orang, ada antara buah-buahan import itu turut digunakan oleh rakyat berpendapatan rendah.
Katanya kepada Malaysiakini, buah-buahan seperti epal dan oren malah pisang menjadi makanan golongan B40.