Mahkamah Persekutuan pagi ini membenarkan permohonan Sisters in Islam (SIS) membatalkan fatwa pihak berkuasa agama Islam Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam yang diwartakan 11 tahun lalu.
Ini kerana fatwa itu hanya terpakai kepada orang perseorangan beragama Islam dan bukannya syarikat atau pertubuhan.
Mahkamah turut menyatakan syarikat sebagai entiti buatan tidak mempunyai kapasiti untuk bertaubat seperti disarankan dalam fatwa itu.