Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kekecewaan dan dukacita dengan sebahagian keputusan Mahkamah Persekutuan semalam.
Ia berkenaan dengan mahkamah memutuskan fatwa Selangor yang mengisytihar Sisters in Islam (SIS) sebagai sesat pada 2014 dibatalkan kerana fatwa itu hanya boleh terpakai kepada individu dan bukan sesebuah pertubuhan.
Sultan Sharafuddin menggesa SIS tidak lagi menggunakan perkataan “Sisters in Islam” ke atas apa juga bentuk penerbitan dan platform yang berkaitan dengan mereka.