Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) masih belum sesuai dilaksanakan semula berikutan nilai ambang pendapatan rakyat masih rendah, kata Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Ketika menegaskan perkara itu, Anwar yang juga menteri kewangan berkata kerajaan tidak menolak sepenuhnya cadangan pelaksanaan semula GST yang dianggap efisien dan telus.
Namun, kerajaan ketika ini lebih mengutamakan kemampuan rakyat berikutan sistem percukaiannya memberi kesan secara menyeluruh.
Sumber video: https://www.facebook.com/share/v/1AY3SQkDRb/