Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sabah dan seorang ahli perniagaan yang disyaki terbabit berhubung skandal rasuah lesen cari gali di negeri itu, akan didakwa pada 30 Jun ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki berkata pendakwaan akan dibuat di Mahkamah Rasuah Kota Kinabalu, Sabah.
Terdahulu, SPRM mengesahkan individu yang akan didakwa bersama dua ADUN Sabah berhubung skandal rasuah lesen cari gali di negeri itu tidak dilindungi mengikut Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.