Perdana Menteri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa buah epal dan oren tidak akan dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan atau SST.
Ia selepas menerima kritikan berhubung kenyataannya sebelum ini yang menyebut hanya golongan kaya terkesan dengan cukai terhadap avokado.
Dalam ucapannya Anwar berkata, pengecualian itu dibuat selepas mendengar keresahan orang ramai, khususnya B40 yang masih bergantung kepada buah-buahan import seperti epal dan oren kerana harganya lebih mampu milik berbanding buah tempatan tertentu.