Dua Adun Sabah dan seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah berkaitan lesen cari gali mineral di negeri itu.
Adun itu ialah pembantu menteri negeri Andi Muhammad Suryady Bandy yang juga Adun Tanjung Batu dan Adun Sindumin Yusof Yaacob.
Albert, seorang ahli perniagaan dari Selangor dan juga pemberi maklumat dalam skandal itu, didakwa atas dua pertuduhan menawarkan rasuah kepada Adun di bawah peruntukan undang-undang yang sama.