Bekas timbalan presiden PKR, Rafizi Ramli, mendakwa Presiden PKR, Anwar Ibrahim menengkingnya dalam tempoh kira-kira 20 minit.
Ia berlaku ketika mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu sebelum pemilihan yang diadakan pada 23 Mei.
Namun, dakwaan Rafizi bahawa Anwar menengkingnya dinafikan ahli MPP sebagai tuduhan tidak berasas.