Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini tampil memperjelas susulan gesaan beberapa ahli parlimen PKR semalam yang menuntut Suruhanjaya Siasatan dan Jawatankuasa Pilihan Parlimen (RCI) berkenaan dakwaan campur tangan dalam pelantikan badan kehakimanan.
Kata AGC, dakwaan terdapat kelewatan dalam proses pelantikan hendaklah dilihat dari sudut peruntukan Perlembagaan Persekutuan.
AGC juga menyatakan bahawa perbandingan kelewatan lantikan itu dengan skandal VK Lingam adalah tidak wajar kerana ia tidak disokong dengan bukti kukuh.