Pemangku Ketua Hakim Negara, Hasnah Hashim dilaporkan menolak permintaan Badan Peguam Malaysia untuk menangguhkan prosiding mahkamah pada 14 Julai.
Permintaan tangguh itu bagi membolehkan para peguam menyertai perarakan aman demi mempertahankan kebebasan kehakiman di Istana Kehakiman, Putrajaya.
Hasnah berkata tarikh-tarikh perbicaraan telah ditetapkan lebih awal dan persiapan juga telah dibuat oleh saksi-saksi serta pegawai mahkamah.