Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan berkata perhimpunan pertahankan kebebasan kehakiman anjuran Majlis Peguam Malaysia hari ini berbeza sedikit dengan Himpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini.
Namun katanya, himpunan turun Anwar itu turut menuntut kebebasan badan kehakiman dan lebih fokus pelbagai isu semasa.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri perarakan pertahan kebebasan badan kehakiman di Putrajaya hari ini.