Perdana Menteri, Anwar Ibrahim akan membuat satu pengumuman besar sebagai penghargaan luar biasa untuk rakyat Malaysia. Perkara itu dimaklumkan menerusi hantaran di Facebook Anwar.
Beliau yang juga Menteri Kewangan turut mengajak orang ramai untuk menantikan kejutan yang bakal menemui orang ramai tidak lama lagi itu.