Polis mengesahkan wujud adegan berbogel dalam acara dipanggil sebagai Queen’s Night menerusi program motivasi rumah tangga e-Hati di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) pada September tahun lalu.
Program tersebut dikatakan dianjur secara bermalam selama empat hari tiga malam melibatkan kira-kira 50 peserta termasuk beragama bukan Islam.
Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan berkata, aksi tersebut dilakukan oleh empat fasilitator yang kemudian turut diikuti oleh beberapa peserta lain pada malam terakhir program berkenaan.