Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata penghargaan luar biasa kepada rakyat akan diumumkan pada esok atau Rabu ini.
Ini kerana katanya, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti pengumuman terbabit susulan pemukiman Kerajaan Perpaduan di Port Dickson, Negeri Sembilan semalam.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya, hari ini.
Sebelum ini, Anwar mencetuskan perhatian umum apabila menyatakan bahawa satu pengumuman penting akan dibuat, yang disifatkannya sebagai bentuk penghargaan luar biasa kepada rakyat Malaysia.
Sumber video: https://www.facebook.com/share/v/1HfTLVfsnR/