Kementerian Kesihatan sedang berusaha ke arah mengharamkan sepenuhnya penjualan vape dan produk e-rokok.
Ini berikutan penemuan pihak berkuasa bahawa produk merokok itu disalahgunakan untuk pengambilan dadah haram.
Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya sedang menilai keberkesanan Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam (Akta 852) terlebih dahulu.