Sidang Dewan Rakyat hari ini bergema dengan laungan 'kekal Anwar' sejurus Perdana Menteri, Anwar Ibrahim selesai membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Beberapa Ahli Parlimen dilihat melaungkan slogan tersebut sebelum Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng menangguhkan sesi persidangan kepada Isnin hadapan.
Laungan itu dipercayai sebagai reaksi balas terhadap teriakan 'Turun Anwar' yang menjadi antara agenda himpunan aman anjuran pembangkang pada Sabtu lalu.