Serangan terhadap anak Rafizi Ramli oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya mendapat perhatian Dewan Rakyat hari ini.
Wong Chen (PH-Subang) meminta supaya Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul menggunakan budi bicara meminta Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail hadir memberi penjelasan mengenai insiden tersebut di Parlimen esok.
Chen menggunakan peraturan mesyuarat 14 (1) meminta Johari membuat satu petua bagi membolehkan menteri berkaitan memberi penjelasan.
Sumber video: https://youtu.be/g3JMHyhZf80