Bekas menteri ekonomi Rafizi Ramli mendedahkan mesej ugutan dihantar kepada isterinya selepas anak lelaki mereka yang berusia 12 tahun diserang semalam.
Salah satu mesej mengugut anak mereka dengan jangkitan Aids.
Mesej itu turut disertakan emoji picagari, kata ahli parlimen Pandan itu dalam sidang media di Parlimen hari ini.
Semalam Rafizi mendedahkan anaknya ditarik dan dicucuk dengan jarum suntikan oleh orang yang tidak dikenali semasa sedang memasuki kereta di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.
Sumber video: https://www.youtube.com/watch?v=pD85GtAcafI