Aksi gadis Melayu yang berpelukan dengan artis lelaki K-pop Korea kumpulan B1A4 di di pusat hiburan KL Live di ibu negara sabtu lalu menimbulkan cemuhan masyarakat, khususnya di alam maya.
Dalam video 3.22 minit itu antaranya menunjukkan adegan gadis bertudung naik ke pentas sebelum berpelukan dan ada yang dicium oleh artis itu, sambil disambut sorakan penonton.
B1A4 adalah sebuah kumpulan muzik dari Korea Selatan bawah naungan syarikat WM Entertainment.