Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor hari ini menegur Rodiyah Sapiee (GPS-Batang Sadong) yang mendakwa beliau bersuara tinggi ketika mempengerusikan persidangan Dewan Rakyat pada sesi pagi hari ini.
Ramli tidak menafikan suaranya tinggi, namun menasihati Rodiyah supaya menegur Ahli Parlimen lain dalam Dewan Rakyat yang tidak mematuhi Peraturan Mesyuarat sehingga memaksanya berbuat demikian.
Rodiyah bangkit memperbetulkan kenyataan awal yang dibuatnya dengan berkata Speaker mempunyai kesabaran tinggi.
Penjelasan Rodiyah itu kemudiannya dibalas Ramli yang secara berseloroh berkata: "YB Batang Sadong... cair saya".
Sumber video: https://youtube.com/live/vvNOA-7TNRc