Kerajaan disaran menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perolehan Kerajaan 2025 bagi membolehkan ia dibawa terlebih dahulu ke Jawatankuasa Pilihan Khas untuk diteliti secara menyeluruh.
Radzi Jidin (PN-Putrajaya) berkata mengikut Peraturan Mesyuarat 50(41), sesuatu rang undang-undang boleh dirujuk kepada jawatankuasa pilihan sebelum bacaan kali kedua dijalankan.
Sumber video: https://www.youtube.com/live/lvcUMnDkgPs