Ahli parlimen pembangkang bertindak keluar dari Dewan Rakyat selepas gagal menghalang Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan 2025 diluluskan bacaan kedua melalui undian belah bahagi.
Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul berkata rang undang-undang itu diluluskan dengan 125 undi bersetuju dan 63 undi menentang.