Kerajaan akan memperkenalkan pindaan pada beberapa peruntukan di bawah Rang Undang-undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) untuk menangani kebimbangan mengenai komposisi demografi dan ambang persetujuan daripada pemilik hartanah.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyatakan perkara itu semasa bacaan kali kedua RUU tersebut di Dewan Rakyat petang ini. RUU berkenaan tidak akan dibahaskan hari ini dan ditangguh pada Oktober.
Sumber video: https://www.youtube.com/live/h4s5IQM5Zx8