Parti MUDA menegaskan kempen 'Dakwa semual Zahid Hamidi' yang mereka lancarkan tidak ada kaitan dengan cubaan menjatuhkan kerajaan dibawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim sebaliknya mahu menuntut keadilan dalam perundungan di Malaysia supata institusi kehakiman tidak tercalar.
Ditanya mengenai saman RM10 juta yang dikenakan olehZahid Hamidi kepada Setiausaha Agung MUDA Ainie Hazieqah, beliau berkata tidak gentar, malah mencabar presiden Umno itu berdebat secara terbuka untuk menjawab dakwaan rasuah.
Katanya lagi, Zahid perlu buktikan di mahkamah bahawa beliau bukan perasuah, dan Muda sedia bersemuka untuk membentangkan isu ini kepada rakyat.
Berita penuh : https://youtu.be/1Ym1UZV84bc