Pemuda Bersatu tampil mempertahankan presiden parti, Muhyiddin Yassin, selepas kekecohan tercetus pada Perhimpunan Agung Tahunan ke-8 pada malam Sabtu.
Ketua Armada, Hilman Idham, menggesa ahli mengembalikan maruah Muhyiddin yang digelar “Abah”, selepas beliau sendiri meluahkan kekecewaan dalam kumpulan WhatsApp Majlis Tertinggi. Hilman menegaskan, walaupun Muhyiddin adalah “Abah”, beliau berbeza dengan Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang digelar “Papa”, sindirnya disambut sorakan perwakilan.
Ketua Srikandi, Mas Ermieyati Samsudin, turut kecewa dan menyifatkan insiden semalam sebagai pengajaran. Sementara itu, Armada memaklumkan laporan tatatertib dan laporan polis sudah dibuat.
Sumber video: https://youtu.be/Ss9L1YS_zT0