Timbalan Presiden Bersatu, Hamzah Zainudin, menepis keras dakwaan bahawa beliau adalah pengkhianat kepada Muhyiddin Yassin. Dalam ucapan penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu, Hamzah menegaskan beliau tetap setia bersama “Abah” dan Bersatu akan menjadi parti terakhirnya “sampai mati”.
Kenyataan itu hadir selepas kekecohan semalam, apabila Muhyiddin mendakwa wujud komplot tandatangan untuk menyingkirkannya, hingga dewan gamat dengan jeritan “Turun Tan Sri!” dan “Hidup Tan Sri!”.
Hamzah, yang sebelum ini dikaitkan dengan surat layang sebagai “broker parti”, membalas dengan nada tegas: beliau bukan pengkhianat, tetapi sahabat setia di sisi presiden.
Sumber Video : https://youtu.be/jDwP9OEIadU