Timbalan Pendakwa Raya (TPR) SPRM yang ditahan berkaitan kes dadah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Lelaki itu dibebaskan selepas tempoh reman tiga hari bermula Selasa terhadapnya tamat.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Aidi Sham Mohamed berkata kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak pendakwa raya semalam dan masih menunggu arahan selanjutnya.
Media semalam melaporkan seorang TPR yang baru seminggu bertugas di SPRM ditahan polis dipercayai terbabit kes dadah.