Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Khazanah Nasional Berhad akan melabur sebanyak RM600 juta bagi kerja-kerja pemuliharaan dan pembangunan semula Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur.
Projek ini bertujuan mengembalikan mercu tanda bersejarah itu sebagai lokasi ikonik bertaraf dunia yang mencerminkan warisan serta identiti Malaysia.