Kapal tinjau milik Petronas yang dikepung dan dihalau oleh kira-kira seratus bot nelayan tradisional di perairan berhampiran Ketapang, Pulau Madura, Indonesia tidak menceroboh kawasan negara jiran.
Sebaliknya jelas Perdana Menteri Anwar Ibrahim kapal tersebut melakukan aktiviti cari gali di kawasan milik Malaysia.
Terdahulu, Ahli Parlimen Kubang KerianTuan Ibrahim Tuan Man mengajukan soalan tentang pendirian kerajaan tentang isu persempadanan.