Polis Kuala Lumpur mengklasifikasikan semula kes kematian seorang pempengaruh warga China yang ditemui di sebuah hotel mewah ibu negara bulan lalu sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus mengesahkan perkara itu, selepas siasatan lanjut mendapati terdapat unsur mencurigakan dalam kematian wanita berkenaan.
Mangsa dipercayai ialah pempengaruh media sosial Hsieh Yu-hsin, atau lebih dikenali sebagai Iris Hsieh yang popular dengan gelaran “Dewi Jururawat”.
Kes tersebut menarik perhatian ramai apabila laporan mendakwa Hsieh sedang menjalankan projek video bersama penyanyi rap Malaysia, Namewee, sebelum ditemui meninggal dunia di Hotel Banyan Tree, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu.