Ketegangan di Kampung Papan di Pandamaran meningkat lagi apabila tangkapan baharu dibuat selepas reman terhadap 10 aktivis dan penduduk ditolak mahkamah.
Namun, enam lagi individu ditahan pagi ini — termasuk ahli jawatankuasa pusat Parti Sosialis Malaysia, Chong Yee Shan dan wakil Suaram, Jernell Tan.
Seorang wakil PSM kemudian mengesahkan jumlah itu meningkat kepada sembilan, terdiri daripada dua aktivis dan tujuh penduduk.