Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menegaskan partinya tidak mempunyai “hubungan langsung” dengan DAP, sebaliknya menekankan bahawa kerjasama dalam kerajaan perpaduan adalah antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) secara gabungan politik.
Beliau berkata penekanan ini penting memandangkan MCA, parti komponen BN, sebelum ini memberi amaran agar gabungan itu tidak meneruskan kerjasama dengan PH dalam pilihan raya umum akan datang.