Banjir dan tanah runtuh di Aceh, Sumatera, yang kini meragut lebih 1,000 nyawa, turut mendapat perhatian rakyat Malaysia.
Namun, kenyataan Menteri Dalam Negeri Indonesia, Tito Karnavian, mencetuskan kemarahan apabila beliau menyifatkan sumbangan Malaysia sebagai “tidak seberapa”, dengan nilai kurang daripada 1 bilion rupiah
Dalam satu klip podcast yang tular, Tito menegaskan bahawa belanjawan dan bantuan kerajaan Indonesia sebenarnya jauh lebih besar.