Ketegangan politik kembali memuncak susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak permohonan Najib Razak untuk menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
Keputusan itu mencetuskan kemarahan dalam kalangan pimpinan UMNO selepas beberapa pemimpin DAP dan Pakatan Harapan dilihat meraikannya secara terbuka di media sosial.
Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin, menulis hantaran berbunyi “satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini” sejurus keputusan mahkamah diumumkan.
Kenyataan itu mengundang reaksi keras daripada Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Razlan Rafii, yang menyifatkannya sebagai kurang ajar dan bersifat menghina sentimen orang Melayu.