Adakah wajar rakyat meraikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Najib Razak untuk menjalani hukuman di rumah?
Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegur mereka yang berbuat demikian, menekankan pentingnya bersikap berhati-hati dan berempati terhadap Najib serta keluarganya.
Nada Anwar kini jauh berbeza berbanding tiga tahun lalu, ketika masih menjadi ketua pembangkang dan Najib dipenjarakan selepas kalah rayuan terakhir kes SRC International pada 23 Ogos 2022.